Rabu, 6 Julai 2011

SEJARAH DAN PENGENALAN ANYAMAN


Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Jenis-jenis Anyaman


Jenis Anyaman
Bahan
Hasil anyaman
Anyaman MengkuangDaun mengkuangTikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Anyaman pandanDaun pandan duriTikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman BuluhJenis-jenis buluh yang sesuaiBakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
Anyaman RotanRotan yang telah diprosesBakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
Anyaman LidiLidi kelapaLekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribuPaku pakis ribu-ribu.Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan