Rabu, 20 Julai 2011

Serba Sedikit Sejarah Mengenai Anyaman Rotan

1.Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.
2.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.
3.Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.
4.Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.
5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya.
6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.
7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebainya.
8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelangan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Rabu, 6 Julai 2011

Hasil terkini anyaman..


BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL

Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

Pengurusan Rotan terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan  dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

ALATAN MENGANYAM ROTAN

1.      Pembaris digunakan untuk mengukur
2.      Gunting  - boleh gunakan sebarng gunting
3.      Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.

SEJARAH ANYAMAN

1.Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.
2.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.
3.Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.
4.Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.
5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya.
6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.
7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebainya.
8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelangan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

SEJARAH DAN PENGENALAN ANYAMAN


Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Jenis-jenis Anyaman


Jenis Anyaman
Bahan
Hasil anyaman
Anyaman MengkuangDaun mengkuangTikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Anyaman pandanDaun pandan duriTikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman BuluhJenis-jenis buluh yang sesuaiBakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
Anyaman RotanRotan yang telah diprosesBakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
Anyaman LidiLidi kelapaLekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribuPaku pakis ribu-ribu.Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.